
Jeti Sungai Udang
Begitu bosannya duduk umahnya tanpa kerja kan..Ingatkan duk Kola perlis ja bosan,rupanya2 duk umah pun bosan jugak tanpa kerja. Tetapi ibu bapaku telah menyelamatkanku dari alam fantasi kebosanan..hehe..pagi ni aku di beri task yang agak penting. Memborong ikan segar kat tempat naik ikan,Sungai Udang.Memang tempat ni kawasan cina,dengan suasana kelam kabutnya..Kelam kabut org membawa ikan. Selalu kalau nak makan ikan baru,segar2 selalu datang sini,murah lah sikit berbanding di pasar nuh..lagipun,yang penting SEGAR!.. simpan sebulan pun masin freshy kan..hoho...tetapi arini pegi agak lewat..maka,ikan yang di perolehi ikan yang x berapa nak best. Tapi dapat juga memborong talapia merah,sotong,temenung(ikan kembung la,haha),ketam dan juga sembilang...agak banyak gak dapat,berbaloi juga dengan harga RM70,dapat berkilo2..kalau pegi pasar skrg,Rm50 pun dapat apa lah sangat kan..patutla org tengah kaya raya!...tapi kalau nak bandingkan ikan di kola perlis..lagi mahai tahap dewa la.. Akhirnya Ikan talapia merah itu berjaya di bakar dan sotong pula berjaya di celupkan dirinya didalam tepung,jadilah stong goreng tepung..hoho.. :) alhamdulillah,rezeki Allah taala kan di curahkan kami sekeluarga untuk juadah berbuka... fuhh~... sedap sgt...:)

sotong ni ler yang berjaya di celupkan..haha

comeynya ikan ni...

tergolek siakap ni...tapi sayangnya org dah tempah.. :(

sembilang dapat gak sekoq

keudangan :)