
Dah sekian lama aku tidak mengemaskini blog aku yg serba kekurangan ni kan..Agak kesian blog aku ni..bukan apa, lappy kesygnku tidak mendapat isyarat daripada telefonku untuk menrima pemindahan data2 dan gambo2.. HuhU... Tadi aku seperti biasa memandu untuk keluargaku,pergi ke bagan jermal,ayah aku ada urusan apa tah di sana... Lepas siap semuannya sebelah pagi,singgah la solat di Masjid di seberang jaya..Masjid nama apa tah ye...Masjid Jalan Sembilang rasanya untuk menunaikan solat Jumaat.. Aku agak tertarik dengan kandungan khutbah yang di sampaikan. Pada 17 Ramadhan juga ada 2 peristiwa di dalam Islam iaitu Nuzul Quran dan Perang Badar. Perang Badar Al-Kubra telah berlaku pada pagi hari Jumaat 17 Ramadan, tahun kedua Hijrah. Peristiwa agung ini menyaksikan peristiwa ajaib di mana tentera Muslim seramai 313 orang telah berjaya mengalahkan tentera musyrikin seramai 1000 orang. Tentera Islam yang serba kekurangan telah mengalahkan tentera Abu Jahal yang tiga kali ganda lebih ramai dan lengkap dengan kelengkapan tentera. Kalau ikut dari segi Logik akal mungkin tidak dapat menerima bagaimana kumpulan yang lemah, malah tidak makan kerana sedang berpuasa ini boleh mengalahkan musuh mereka. Kemenangan tentera Islam, selain daripada kebijaksanaan Rasulullah dan para sahabat merancang strategi perang, adalah kerana keyakinan dan iman mereka yang tinggi terhadap Islam dan pertolongan Allah. Cuba bayangkan dulu Rasullullah S.A.W sanggup berlapar utk memprjuangkan Islam..kita lani pun hanya belapar menahan perut daripada lapar saja.Rasulullah dulu lapaq sambil perang.. Renung2lah wahai sahabat2 ku sekalian... :)