Birth of my new baby..ahaks..

Welcome to My blog...

Alhamdulillah blessing to Allah with his grace i succeed to produce my 2nd blog. Acctually this blog still under development. Anyway,sorry for my broken english,behalf of that i will improved it from the worst one to the excellent. haha…just laugh..hehe..(what are the author meaning for?hehe)… :p .By the way, all comments are welcome. hehe…Thanks to all supporters. However, this blog is a medium to release my pressure in my mind.Hahaha!. Have a pleasant day.. -W’salam-

Thursday, November 18, 2010

Apabila percutian mengubati segalanya

Salam ukhwah...

Baru-baru nie aku g KL lagi..hehe..kali nie aku g jenguk i-city yang org ckp besttt sgt2 terketaq2 tue...jadi aku pun pegi lah..ahem2...hoho...biasaja....cuma malam tu takdak angin,berpeluh gak jalan... satu keta nak masuk skrg MYR10,moto aku x pasti lak...MYR2 rasanya.. Walaubagaimanapun,org agaklah tepu...cuma rumah sejuk tu,kecik ja..ingatkan beso mana..hehe...apa2 pun aku suka gakla walaupun lampu2...cuma senjata aku tidak dapat membelinya lagi...kalau x leh la shot gambaq2 yg lawa sket...apa2 pun enjoylah gambo yg x seberapa nie.. :)



ribuan Lampu LED yang memeriahkan I-City

dengan teknologi LED,penggunaan tenaga dapat di kurangkan(low comsumption)

cantek kan :)


Friday, October 29, 2010

Police Got University?

a letter from one of the leading telecommunications company in malaysia...

Monday, October 25, 2010

HoLiDaYyYy@Hatyai..

Baru-baru ni aku berpeluang gak melawat ke negara jiran , negara yang sering di kaitkan dengan gajah iaitu thailand atau org ckp "siamm" bersama lawatan opis ayah aku. Alhamdulillah syukur pada Allah semuanya berjalan dengan lancar,cuma di sana agak panas sedikit berbanding paris ni..opps..perlis..hehe.. Kat sini aku ada attach serba sedikit gambar yang sempat di capture semasa di Hatyai.








p/s : maaf kawan2 tak sempat nak beli sovenier kat hampa,goodies ka..p dgn org,nak cekau pun x sempat..waa..sedeh toi..

Saturday, October 16, 2010

SecRet of BloODy MoDyYy...~

Jalan2 di alam dunia maya sesawang terjumpa satu artikel yang agak menarik... Sesetengah orang dia tak tau dia ni alergi makanan atau benda2 lain.sebenarnya,alergi ni ikut kumpulan darah(baru tau ni)...Jadi mari kita telek sama2 darah kita jenis apa...heheh~ Selamat beramal.. ^_^

Untuk Golongan Darah 'A'

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat

Snek: Jus anggur / kopi

Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba

Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau

Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Untuk Golongan Darah 'B'

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi. • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak

Snek: Jus anggur

Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba

Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba

Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Untuk Golongan Darah 'AB'

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju

Snek : Yogurt

Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba

Snek: Kek keju dan teh herba

Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

Untuk Golongan Darah 'O'

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek : Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek : Sepotong kuih

Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

kredit artikel kepada : iluvislam.com

Thursday, October 14, 2010

New Model Has Begin

The all new Inspira
quiet interesting about diz model rite..heheh... awesome!... congratz proton, collaboration with Mitsubishi motors to rebadge this model..

image credit to funtasticko

Saturday, October 9, 2010

not ReaLLyY.. Apple lol~


i think diz is a real apple... but my instict not exact true.. huhu... btw... this apple come out with nice packaging.. MYR2.40/piece if im mistake.. hoho...glorry morry alien.. nyummy...

Wednesday, October 6, 2010

Residental College Open House





i just got a cup of teh tarik only...huhu~ so.. sad... but previously we got some food @ V.C open house..alhamdulillah~...hoho

Sunday, September 26, 2010

indahNye... ^_^


dah lama aku x pergi K.L baru2 ni dapat pegi k.L rasa seronok sgt... banyak kenangan kat k.L kan terutamanya waktu belajar dulu :) teringat KLCC teringat zaman sijil. indah kan KLCC waktu malam :)


Sunday, September 5, 2010

Waja Lancer?

Duk ronda2dalam alam laman sesawang ni terjumpak lak satu blog ni menceritakan tentang model baru proton...model pengganti waja katanya.. di sini aku sertakan serba sedikit reveal yang telah di terima..heheh...apa pendapat anda?


gambaran artis waja lancer keluaran proton






credit to paultan


Saturday, September 4, 2010

Menjejak ikan di KaLa KebosaNaN


Jeti Sungai Udang

Begitu bosannya duduk umahnya tanpa kerja kan..Ingatkan duk Kola perlis ja bosan,rupanya2 duk umah pun bosan jugak tanpa kerja. Tetapi ibu bapaku telah menyelamatkanku dari alam fantasi kebosanan..hehe..pagi ni aku di beri task yang agak penting. Memborong ikan segar kat tempat naik ikan,Sungai Udang.Memang tempat ni kawasan cina,dengan suasana kelam kabutnya..Kelam kabut org membawa ikan. Selalu kalau nak makan ikan baru,segar2 selalu datang sini,murah lah sikit berbanding di pasar nuh..lagipun,yang penting SEGAR!.. simpan sebulan pun masin freshy kan..hoho...tetapi arini pegi agak lewat..maka,ikan yang di perolehi ikan yang x berapa nak best. Tapi dapat juga memborong talapia merah,sotong,temenung(ikan kembung la,haha),ketam dan juga sembilang...agak banyak gak dapat,berbaloi juga dengan harga RM70,dapat berkilo2..kalau pegi pasar skrg,Rm50 pun dapat apa lah sangat kan..patutla org tengah kaya raya!...tapi kalau nak bandingkan ikan di kola perlis..lagi mahai tahap dewa la.. Akhirnya Ikan talapia merah itu berjaya di bakar dan sotong pula berjaya di celupkan dirinya didalam tepung,jadilah stong goreng tepung..hoho.. :) alhamdulillah,rezeki Allah taala kan di curahkan kami sekeluarga untuk juadah berbuka... fuhh~... sedap sgt...:)

sotong ni ler yang berjaya di celupkan..haha

comeynya ikan ni...

tergolek siakap ni...tapi sayangnya org dah tempah.. :(

sembilang dapat gak sekoq

keudangan :)




Friday, September 3, 2010

Berbuka lagi?



Pada jam 12.34 P.M GMT +8.00 waktu mesia, Skype ku berbunyi lagi menandakan ada im baru masuk.. Rupanya2 officemate aku dulu... ajak berbuka bersama2 di samping beliau hendak menyalin muvi2 yang telah aku muat turun...hehe... tepat 5.01P.M ,aku pun bergeraklah dengan Megatronku ke Telok ayaq Tawaq pegi ke umah beliau... Fuh~ masyaAllah..padaaa gak la nak sampai pun.. jem dari Juru satu hal...pastu depan pasifik satu hal... pastu kat sg dua lagi jem...waa~ mmg menguji kesabaran pemandu kereta...nak lagi? kat Maklom pun jem..hissh..10senn... udah ler keta berhimpit2..tapi alhamdulillah sampai dengan selamat umahnya...last2 cari jalan alternatif lain la..naik LLB trus,untuk berbuka puasa.. kali ni berbuka di pizza hut megamall pinang...Adeh...full lah pulak...nasib baik last minit,ada gak kosong..alhamdulillah..sedap woo cheese baked rice...gandingan dengan minuman fizz pulak..fuhh..mmg sedap...thanks to my buddy.. semoga Allah kurniakan rezeki berlipat ganda! ammminnn~.. :)

Thursday, September 2, 2010

Iftar~

Alhamdulillah..setelah planning sekian lama,maka program berbuka puasa bersama-sama geng2 kelas berjalan dengan lancar dengan jayanya semalam..tetapi..amat geram dengan "Hatomogieci" yang meninggalkan kami dahulu..balik teruih umah... asbestos punya mizi.. maka,tak lah happening sangat sebab tak cukup korum... :'( bdk kecik ni mmg nak kena...bukak sem ni mmg kena belasah..haha...apa2 pun semua hidangan di hidangkan dengan enaknya,termasuklah ayam panggang tambahan sekoq... agak sedap gak lah..jenuh gak cari..p pasar ramadhan kat kangaq..mcm x best jer..pegi pasar ramadhan kola..abis lak..last2 beli kat simpang nak masuk kampung wai tu...nasib baik sedap..hidangan termasuklah nasi,tomyam,ikan siakap 3 rasa,ikan siakap bakar,sotong goreng tepung,sayur kailan ikan masin,ulam ulaman dan juga sambal belacan dan ayaq asam,teloq dadar..

p/s: ayam golek sekadar hiasan

tapi apa2 pun,nasib baik tempah dulu..kalau tak mmg x makan ler kami..mmg penuh dgn org.alhamdulillah lah..semua nya sedap2 belaka...tpi agak mahai sikit lah...hihi...cuma ayaq je yg x cukup .duk kelui.."makcikk..nak ayaq"..dia boleh buat x tau,waktu nak tempah suma pakat duk gamit..mai la..mai la..mai la...okiess..ni antara hidangan yg sempat tangkap ler...

kailan ikan masin
fuhh~ sotong goreng tepung
siakap bakaq

fuhh~...enak2 belaka...maaflah entri untuk bulan ogos ni kebanyakan tentang berbuka puasa..ni lah yg rasa hepi sikit bila bersama kawan2 yg sporting..kawan2..minta lebih kurang halal na..kalau x cukup apa2 ka..terlebih apa2...maaf di pohon.. arini juga nak balik raya...di kesempatan ini saya mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf zahir batin kepada semua kawan2 ku"..sekali lagi ampun maaf di pohon jikalau terkasaq bahasa,melawak kasaq,terambil hati,tertopup lambat,kekadang slow dalam pelajaran,ilmu2 yg hampa semua curahkan ..tima kasih semua ye...harap2 allah memberkati usaha kwan2 semua...ammin~... moga2 ramadhan akan datang lebih bermakna lagi daripada tahun ini...insyaAllah~ :)
Tempat :medan ikan bakaq kola perlis
Rating :4 from 5
keselesaan :3 from 5

Tuesday, August 31, 2010

Getting HaVoc!

hehOoo..im coming bacK!... Semalam jalan2 kat aloq staq...agak jem la jugak...hmmm.aloq staq kira ok lah sikit kan nak mengilangkan keboringan yang melanda... pas pusing2 apa.. maka berbuka lah di RCH Mergong..SEdapp sgt... mmg layan lagi dari RFC... ayam panggang meleleh kot..fuhh~

nasi ayam panggang

nasi ayam merah


Pink Guava Juice
bila boleh berbukak ni..hehe

Rajin gak makan kat sini..kalau x sini,kat kangaq..mmemang sedap...hehe... apa lagi p la try..~

Friday, August 27, 2010

Peristiwa 17 Ramadhan




Dah sekian lama aku tidak mengemaskini blog aku yg serba kekurangan ni kan..Agak kesian blog aku ni..bukan apa, lappy kesygnku tidak mendapat isyarat daripada telefonku untuk menrima pemindahan data2 dan gambo2.. HuhU... Tadi aku seperti biasa memandu untuk keluargaku,pergi ke bagan jermal,ayah aku ada urusan apa tah di sana... Lepas siap semuannya sebelah pagi,singgah la solat di Masjid di seberang jaya..Masjid nama apa tah ye...Masjid Jalan Sembilang rasanya untuk menunaikan solat Jumaat.. Aku agak tertarik dengan kandungan khutbah yang di sampaikan. Pada 17 Ramadhan juga ada 2 peristiwa di dalam Islam iaitu Nuzul Quran dan Perang Badar. Perang Badar Al-Kubra telah berlaku pada pagi hari Jumaat 17 Ramadan, tahun kedua Hijrah. Peristiwa agung ini menyaksikan peristiwa ajaib di mana tentera Muslim seramai 313 orang telah berjaya mengalahkan tentera musyrikin seramai 1000 orang. Tentera Islam yang serba kekurangan telah mengalahkan tentera Abu Jahal yang tiga kali ganda lebih ramai dan lengkap dengan kelengkapan tentera. Kalau ikut dari segi Logik akal mungkin tidak dapat menerima bagaimana kumpulan yang lemah, malah tidak makan kerana sedang berpuasa ini boleh mengalahkan musuh mereka. Kemenangan tentera Islam, selain daripada kebijaksanaan Rasulullah dan para sahabat merancang strategi perang, adalah kerana keyakinan dan iman mereka yang tinggi terhadap Islam dan pertolongan Allah. Cuba bayangkan dulu Rasullullah S.A.W sanggup berlapar utk memprjuangkan Islam..kita lani pun hanya belapar menahan perut daripada lapar saja.Rasulullah dulu lapaq sambil perang.. Renung2lah wahai sahabat2 ku sekalian... :)

Thursday, August 26, 2010

Imtiya'z oh imtiya'z

Oh imtiya'z... hoho...itulah gelaran cafe yang aku dan para sahabat berbuka bersama2 kali kedua...Saja nak try kan tengok set2 yang di beri agak mengiurkan..agak2 dalam 5,6 hidangan juga utk 4org makan dalam lebih kurang MYR45 .Kuih pun ada,memang gemok x ingat la.. Ayaq nak refill semula pun boleh...bak kata makan sampai muntah lah..Tapi sebelum pegi tu kena tempah dulu la... dah2 tempah,sampai2 ,ckap lah kat makcik tu...dah booking.. "makcik,saya dah tempah 4 org punya hidangan".. "eh!..yeke? Encik dari mana?"... "Saya daripada UniMAP" ... kata makcik "UniMAP mana?UniMAP arau kaa?".... adehh..jem aku nak jawab ni...sahabat2 dah rengah gelak dah.. Kita ni UniMAP mana ea... Nak kena habaq UniMAP Kola Perlis ka... HAhahaha.. Kebetulan ada juga geng2 UniMAP berbuka puasa di situ..Ramai juga dalam 20 orang rasanya yang book. Puak lain ni..hehe... ni dia hidangan2 yang sempat tangkap gambo ler...

siakap 3 rasa




ayam masak halia

makanan yang telah di tibai..hoho

Lokasi : MADA Kayang
Rating : 3 bintang daripada 5

Saturday, August 21, 2010

yahoo~


yahoo~...my broadband has been upgraded to 4Mbps... and also got a NEW my little baby ... Dlink Modem with 4 port of switch...hehoo..but~ TM free modem..waaa... so $#$%#$#%$


Wednesday, August 18, 2010

Mai Seketoi!


Radix nasi tomato


Chicken Delight A( Hot Dujaj)


aik...shuib xdapat lagi? hoho...

Hehoo... Lama tak menikmati RFC kan...Pekena Hot Dujaj dgn Sahabat2 ,memang agak seronok apabila berbuka puasa bersama2. :)

Lokasi : RFC Seriab,Kangar

Friday, July 30, 2010

Ketagihan



Sebenarnya aku ni memang minat tahap solero shot lah tentang gajet2,multimedia dan bla bla la..nak2 tentang komputer..Aku rasa tanpa komputer dalam hidup aku ni macam orang hilang awek la..haha..komputer+internet..kalau dua2 ni takdak,gelabah bewak aku. Tak di sangka2, sahabat aku tepon lak sebelum aku nak p solat jumaat,dia nak setup Ring baru.Elok sgt la kat PISA ada PC Fair.Tepat kul 16.32 +8 GMT lepas balik kelas,megatron aku pun bergerak dengan lancarnya untuk pulang ke kampung halaman. Agak2 nak petang gak la aku sampai bagan. Tak torah p mana sementara tgu sahabat aku abis keja. Duk sat p makan kat nasi kandaq Zamrud ke apa tah kat bagan jermal tuh. Agak kekok gak lah dok sorang2 cangqak mkn sorang kat restoran tu..tak sedap mana pun..tapi layan p lah sorang2 kat situ,sementara tgu tu..Pas maghrib pa setel baru p PC Fair. Tiba2 dgq bunyi "Ciss!"... Heran gak aku.. tgk2 booth dah banyak katop...hahah...padan muka la skali dgn aku. Tapi sempat gak tgk NEX,fuh layan gak la..siap dapat workshop free lagi kalau beli.tapi sony punya kamera x layan sgt..boleh la..prefer nikon dengan canon lagi utk DSLR Punya la kecewa..pa dia la PC Fair katop punya awai.. Last2 kecewa punya kecewa p layan nasi kandaq tonggek(orang penang lah gelaq) mmg susah nak dapat belah seberang perai ni,belah penang banyak la,hamidiah,nasi kandaq beratoq...tapi aku p Line clearrrrrr...!pergh...gemuk x ingat la bedal nasik...banyak lak tu...ayam pun besaq. orang belanja,bedal ja...taaam..taamm..hihihi... ;)

Thursday, July 29, 2010

Port baru ka ?

Seperti biasa aku sebagai seorang lelaki suka sgt la naik moto.Ronda petang2 naik moto memang best,nak2 angin pukui pp dush..dush...ni bukan sepoi2 bahasa lagi..sebab angin kat perlis ni mmg luar besa..kalau naik moto tepi laut tu mmg agak layan lah dengan kelajuan jentera 61 km/j. Ada satu hari tu,aku nak bukak penutup motor aku(cover motor la)..aku rasa len macam beratnya...aiii..menatang apa ni..ada orang buat pelik2 ka kat gelombang 125 aku ni. Dalam ati duk ckp..asbestos toi..chaitt..... belek punya belek...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
haippp...cakkkk!

Kucing ni buat port rupa nya...hihi...buat muka comey lak...
thanks to abg long sebab bagi pinjam enset tangkap gambaq ni..tak bawak enset lani...letak dalam loker ja... ;)

keseharian seminarian


akhirnya...lepas membosankan diri lebih kurang setengah hari sabtu yang lepas, maka..gambaq pun di ambil... ni pun aku baru jumpa gambo nie..hehe.. enjoy ~ ;)

gambo credit kepada en fhaizal

Saturday, July 24, 2010

Bercakap dalam bercakap?


Arini dengan segala hormatnya aku dan kengkawan aku telah menghadirkan diri dalam Talk yang telah dibawakan oleh Intel,syarikat pengeluar mikropemproses yang terkemuka di dunia. Benda ni bukan apa, benda yang sama di ulang masa aku p melawat RnD intel kat pulau pinang tuh...agak bosan gak la.mula la aku nak kacau orang...akhirnya,berjaya juga aku melelapkan diri sebanyak seround di sebabkan pada mula nya cadangan untuk melarikan diri dari talk tu berakhir dengan keputusan yang mengecewakan disebabkan atas dasar2 tertentu..Alhamdulillah,arini dah jimat sikit...tibai makan tak mau2..haha...rezeki kan.. Apa2 pun..arini macam tak best ja...goodies tak dapat... wahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...